FOUR TO THE FLOOR, adalah sebuah lagu Brit Pop yang cukup menarik untuk diperbincangkan secara holistik. Melihatkan tajuknya sahaja, sudah pasti membuatkan kita akan tertanya-tanya. Apakah maksud sebenarnya? Empat ke atas lantai?
Ramai peminat lagu ini melontarkan pandangan mereka yang tersendiri di alam maya. Saya cuba fahamkan dan mentafsir semula dengan mengambil kira semua pandangan yang pernah saya baca sebelum ini.
Dalam interpretasi lagu ini, FOUR yang dimaksudkan adalah '4/4'. Merujuk pada Drum Bass yang diketuk 4 kali secara ‘steady’ atau terus menerus sepanjang lagu. 1/4... 2/4... 3/4... & 4/4... beats.
Hal ini dijadikan metafora bagaimana perasaan penyanyi terhadap cinta dan peringkat kehidupan seterusnya.
‘4/4 Steady Beats’ terawal perlu dirasai dalam diri sendiri, sebelum menyatakan itu-lah gadis yang tepat untuk dimilikinya. Keinginan seterusnya adalah seperti mana-mana lelaki normal yang lain.
Dia akan mula mengorak langkah dengan '4/4 Steady Beats' seterusnya. Langkah-langkah yang terpenting dalam kehidupannya untuk lebih berkomitmen. Iaitu...
Melamar (I was sure),
Berkahwin (that she would be my girl),
Menjalani kehidupan bersama insan tercinta (we’d rent a little world)
dan
Menghasilkan benih cinta (we’d have a little girl).
'Daripada seorang gadis, maka lahirlah seorang gadis.'
Sedikit interpretasi seksual yang logik, tetapi tidak-lah keterlaluan. Pada pendapat saya, ia sangat romantis. Seni kiasan yang cukup mengujakan.
Lagu ini memiliki sifat vokal dan lirik yang 'down to earth' tetapi menjadi amat padu apabila bersatu dengan 'flow' muzik yang kemas dan semulajadi cantik.
Irama rendah-tinggi yang amat tersusun serta mampu membangkitkan semangat dramatik. Sedap didengar sungguhpun berulang-ulang kali. Evergreen dan terbaik!
[DZASRIK : 100 | Perfect Score]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment