INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Wednesday, March 5

GWEN STEFANI - Let Me Reintroduce Myself (USA)


GWEN STEFANI sebagai vokalis band ska-rock-reggae, NO DOUBT atau sebagai artis solo yang terkenal dengan irama Pop-ish yang ‘kiut-miut’. Yang mana satu pilihan anda? 

Figura yang sama dengan dua identiti muzik yang berbeza. Itu-lah keunikan GWEN. 

‘Let Me Introduce Myself’, sebuah lagu yang 'catchy', bukan ingin menyatakan sebuah ‘rebranding’ tetapi sekadar ‘reminder’ untuk para peminat muzik di luar sana tentang GWEN secara keseluruhan masih mengekalkan originaliti, resipi tersendiri dan terus akan memperjuangkan apa yang ada seadanya tetapi kali ini dengan energi yang baru.

Sebenarnya mesejnya bukan hanya dari sudut kreativiti sahaja tetapi paling utama adalah untuk tujuan 'komersil'. Ramai artis yang bertaraf 'legend' tenggelam dengan trend semasa. Selain terpaksa menghadapi saingan sengit daripada artis-artis baru yang mungkin menawarkan pakej-pakej lain jauh lebih menarik dan menghiburkan. Bukan mudah untuk kekal RELEVEN, tetapi itulah yang GWEN sedang tonjolkan menerusi lagu ini. Bagi saya, dia cukup berjaya dan ramai orang masih sayang serta mengingati hasil karya-karyanya yang terdahulu. Market Niche, untuk GWEN! 

Lagu ini sedap didengar tetapi saya sendiri tidak mensasarkan ia akan menjadi sebuah lagu hit yang akan lama bertahan dalam mana-mana carta seperti lagu-lagu 'killer-nya' sebelum ini, 'Don't Speak', 'I'm Just A Girl', 'Hey Baby', 'What You Waiting For?' dan 'Hollaback Girl'.

Cumanya, apabila lagu ini diterbit seolah-olah tepat dan bersesuaian dengan 'jiwa baru' yang saya sedang cari pada ketika ini. New Anthem Song for me. Yes, exactly! This is the perfect one. 

Saya sukakan video muziknya yang mengkompilasikan segala 'looks' GWEN STEFANI yang terdahulu dalam beberapa minit lagu. Tetapi... bayangkan-lah ya. Macam mana Si GWEN ni boleh mengekalkan rupanya dari muda sampai sekarang, sama sahaja. Tak nampak 'aging' langsung! Vampire ke apa. Scary, kot. She's so 'unreal'. Hahaha. I really love her so much. 

[DZASRIK : 73.4]


Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik

No comments:

Post a Comment

MOST POPULAR