Terlalu indah! Pertama kali mendengar lagu ini pada muzik intro-nya sahaja sudah mulai menggamit perasaan. Susunan muziknya cukup menusuk kalbu. Sebenarnya, lirik lagu ini sangat ringkas. Ia menggambarkan perasaan yang mendalam terhadap seorang gadis yang amat dicintainya bernama LEJLA.
Saya membaca semula lirik LEJLA, intipatinya tidak ubah seperti lagu-lagu balada Melayu era 80an & 90an. Bait-bait awal permulaan lagu yang memasukkan unsur-unsur alam semulajadi. Seterusnya, meluahkan apa yang ingin disampaikan dalam madah cinta yang menyentuh perasaan.
“Di atas padang dengan hembusan bayu, kesakitan membayangi aku…"
"Adakah engkau berada di mana-mana, bernafas menghampiriku… di manakah engkau menghilang selama ini…”
“Jika esok lusa, ada yang ingin melamarmu… Aku tahu, aku tidak dapat bersamamu..."
"Mudah bagiku memaafkan kesedihan tetapi tidak… CINTA. Mampukah engkau mencintai yang lain?”
Oh! Jiwang karat bak hang. Cair tidak terhingga. Makanya, kita tahu dia sedang memujuk hati kekasihnya LEJLA yang sedang menghilangkan diri kerana mungkin cinta lelaki itu tidak direstui oleh keluarga LEJLA. Kalau mendapat restu, kenapa pulak nak berjiwang-jiwang besi karat ni, kan. Kahwin je-lah! Ni pulak mempersoalkan kalau ada orang lain yang melamar LEJLA. LEJLA pulak mungkin tengah sentap gila-gila menahan perasaan duduk di tepi sungai (Sungai-sungai di Bosnia & Herzegovina sangat cantik). Maka si LEJLA berjurai-juraian air mata sebab tak tahu nak jawab macam mana. Kan? Betapa mendalamnya cinta mereka berdua tetapi terhalang. Gitu!
Lagu-lagu cinta seperti ini sememangnya permainan psikologi dalaman orang-orang yang kecewa dalam percintaan. Orang yang berjaya dalam percintaan, tidak akan dapat rasa ‘kesedapan’ menahan kesakitan dan kepedihan perasaan itu. Pendek kata, tak THRILL! Membosankan. Hahahaha.
Lagu LEJLA sebetulnya adalah lagu rasmi
mewakili BOSNIA & HERZEGOVINA dalam Eurovision Song Contest 2006. Malangnya lagu ini tertewas dengan band rock LORDI – Hard Rock Hallelujah (Finland) yang
tampil imej berkostum Alien Zaman Batu ala-ala Ragnarok. Ramai peminat Eurovision sebenarnya sangat terkejut dan tidak berpuas
hati!
Konsep undian (pengundi tidak boleh mengundi lagu negara sendiri, tetapi hanya boleh mengundi lagu-lagu negara lain) mula menampakkan kelemahan. Bagaimana lagu yang sebegini bagus dinafikan hak kemenangan.
Meski pun terdapat peratusan markah daripada juri-juri professional, tetapi impak kekalahan ini membuatkan ramai peminat ‘bengang’ dan mengatakan Eurovision Song Contest hanya ‘bahan pakatan politik’ semata-mata. Bukan benar-benar mengukur kebagusan sesebuah lagu.
BOSNIA & HERZEGOVINA merajuk lama selepas itu. Enggan lagi menghantar wakil ke pertandingan lagu tahunan tersebut. Sungguhpun begitu, lagu LEJLA kekal dalam memori pencinta-pencinta muzik Eropah sebagai lagu yang terbaik pernah dihasilkan. Sungguhpun kemenangannya seolah-olah dirampas. Saya sendiri pun geram!
[DZASRIK : 100 | Perfect Score]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment