INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Wednesday, February 26

RIHANNA - Only Girl (In The World) (Barbados)


Setiap pagi dan petang, sementara masih lagi terperangkap dalam 'traffic jam', saya pasti akan mendengar lagu Only Girl (In The World) menerusi gelombang radio Hitz.FM yang diputarkan berkali-kali. Sepanjang masa! 

Tidak pula berasa bosan, malahan sangat terhibur. Terasa diri ini bersemangat waja. Hendak-hendak pula pada hujung bulan. Dapat gaji sahaja, saya akan merayau menaiki Monorel ke Berjaya Times Square, Sungei Wang, Bukit Bintang dan Lot 10. Sememangnya pada ketika itu, lagu ini tersangat popular dan bergema ke ruang udara di semua pusat membeli-belah dengan gahnya. 

2010, zaman RIHANNA sedang memuncak bagai Ratu Pop Penakluk Dunia dengan rambut merahnya yang pelik. Gemar bertukar-tukar gaya. Resemblence of MADONNA. Black MADONNA! Nama jolokannya pada ketika itu. 

Lagu ini sifat liriknya sangat feminis dan berkeyakinan tinggi. Seolah-olah dia-lah satu-satunya gadis yang paling hebat, bersesuaian dan terpenting untuk kekasih yang sedang dicintainya. Hek eleh! Hahaha. Kemaruk cinta sesangat! 

Tapi... sangat sesuai dengan beat-nya yang super galak. Kita akan berasa 'high' dan bertenaga. Ibaratnya, apabila memandu kereta pulang keletihan dari tempat kerja, kedua-dua belah mata kita masih mampu terbuka luas dan rasa teruja lalu ingin berdansa sama. Impaknya sangat bagus. Boleh mengelakkan kita dari terlena ketika memandu. Dapat menghindari kita dari kemalangan jalanraya. 
Itu adalah titipan-titipan positif menurut pemikiran saya yang mengaplikasikan lagu ini pada saat-saat sewajarnya yang membawa ke arah kebaikan. Skema!  

Saya masih boleh beri satu lagi impak positif lagu ini dari sudut yang 'sedikit nakal'. 

"Ini kan lagu Night Club! Lagu muda-mudi. Hora-horey Malam Minggu kot. Enjoyyyyy!"

Hahahahahahahahahaha.

[DZASRIK : 100 | Perfect Score]

Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik



No comments:

Post a Comment

MOST POPULAR