INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Monday, March 10

YAMANI ABDILLAH – Bunga Seroja (Malaysia)


Pertama kali mendengar lagu ini terus terlintas dalam fikiran ia pasti ‘sample’ OST mana-mana drama Kung Fu Purba. Kedengaran sangat-sangat ‘familiar’. Melodinya kuat dan pekat dengan irama oriental Cina yang ‘mellow’ dikacukkan dengan ‘rock kapak’ Melayu. Sehingga saya tertanya-tanya adakah muziknya ini original atau adaptasi?

Membaca liriknya pula, ia jelas menjadikan BUNGA SEROJA sebagai simbolik ‘CINTA' oleh si penyanyi. Garapan lirik ringkas sahaja dan mengangkat tema IMMORTAL LOVE. Cinta Abadi. Adakah sebenar-sebenarnya CINTA ABADI itu pernah wujud?

Jika lagu ini diputarkan dalam radio, para pendengar akan mendengar dan pastinya akan menganggap ia sebuah lagu cinta yang normal sahaja. Hanya secara audio semata-mata. Tanpa sebarang visual. Namun begitu jika diteliti betul-betul, baris lirik paling membuatkan saya ‘trigger’ adalah

“Pasti akan tiba masanya bersama…”

Bermaknanya, cinta itu pernah berlaku atau sedang berlaku tetapi belum tiba ke peringkat akhir, iaitu mengecapi nikmat kebahagiaan.

Apabila sesuatu yang belum selesai, pasti ada sebab-sebab penting di sebalik penceritaan.

Mengapa ia masih belum selesai?

Lagu ini cukup berjaya diolah penceritaannya dengan bantuan VISUAL melalui video muzik. Jalan cerita video muziknya sangat menarik! Percintaan seorang Gadis Cina yang diselamatkan oleh seorang Jejaka Melayu dari terus diburu dan dibunuh oleh askar-askar Jepun. Mengimbas kisah sejarah silam, hubungan diplomatic antara negara Jepun & China sangat dingin. Kedua-dua negara tersebut bergolak besar pada Perang Dunia ke-2. Ramai warga China yang melarikan diri hingga ke Tanah Melayu.  

Latar belakang ‘storyline’ bertambah menarik apabila kedua-dua hero & heroin telah mati ditembak oleh askar-askar Jepun. Nyawa sudah tiada, tetapi jiwa masih hidup.

Hanya ‘cinta mereka  sahaja yang masih mekar di dalam jiwa’.

Salah satu ideologi kepercayaan masyarakat Asia Pasifik (China, Jepun & Korea), mereka mempercayai unsur-unsur ‘reincarnation’ atau ‘rebirth’ atau kelahiran semula. Apabila jiwa masih hidup, mungkin ia telah dilahirkan semula dalam diri generasi orang-orang seterusnya. Apabila tanpa diduga bertemu, tiba-tiba terbit satu memori dan perasaan yang cukup kuat seolah-olah Gadis Cina dan Jejaka Melayu (zaman moden) merasakan mereka pernah bercinta pada masa silam.

Saya sangat suka storyline seperti ini. Superb!

Ini-lah antara contoh video muzik yang berjaya memberi pemahaman jelas kepada para pendengar lagu ini. Bayangkan video muziknya sekadar ‘scenary’. Amoi cun pegang payung duduk tepi tasik. Kemudian, bermain kelopak Bunga Seroja yang ditiup angin kuat. Ia tidak akan menjadikan lagu ini istimewa, nampak biasa sahaja. Mujur, karya lagu ini ada ‘visi’ yang tersendiri.

Pada penilaian saya, lagu ini pada muziknya cukup kemas ditatarias oleh Apak Harry Khalifah yang sangat kreatif dalam pengolahan susunan muzik, sehingga ia kedengaran sangat original. Cuma liriknya, hanya ada sedikit kekurangan pada ‘repeatation’ perkataan CINTA yang berulang-ulang kali. Itu sahaja bahagian yang ‘minus mark’. Namun begitu, 'plus mark' berlaku, jika anda cuba menyanyikan sendiri lagu ini. Anda akan faham. Sungguhpun sarat bertubi-tubi dengan perkataan CINTA (terutamanya, chorus), tetapi sebutan nyanyiannya 'masuk' dalam melodi lagu ini. Sedap disebut ketika dinyanyikan.

Sebetulnya, saya sangat menyukai lagu ini. Sangat menghampiri kesempurnaan. Amoi! Wa pun sulah tangkap lentok sama lu. Terbaik! Hehehehehe. 

[DZASRIK : 71.3]


Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik

No comments:

Post a Comment

MOST POPULAR