BJORK serba-serbi terkenal dengan kepelikannya
tersendiri. Anda tidak boleh terlalu ‘lurus’ jika mahu memahami BJORK. Vokal
yang ekspresif. Fesyen yang luar biasa. Muziknya juga pelbagai irama yang
agresif dan berani ber-ekperimentasi. Namun begitu, biasanya lirik lagu-lagunya
ringkas sahaja. Pendek kata, secara pakej BJORK saya sendiri anggap sebagai
penyanyi puisi yang suka ‘menggila’. Itu-lah keunikan BJORK!
Lirik lagu ARMY OF ME yang ringkas ini
sebenarnya membawa mesej yang ‘garang’. Menggesa orang supaya bangkit untuk
menguruskan atau melakukan sesuatu kerja. Enggan bersikap simpati. Jika terlalu
banyak ‘complaint’, penyanyi akan serang dengan sekumpulan ‘dirinya sendiri’. Seakan-akan
amaran keras! Jika masih berdegil, penyanyi enggan menasihatkan lagi. “Lantak
kau-lah! Pandai-pandai-lah kau sendiri nanti.”
Tiada langsung unsur ‘bunga-bunga’. Straight
Forward atau ‘berterus-terang’ sahaja.
Siapa yang benar-benar faham dengan karya
seni, BJORK? Siapa pula yang akan meminatinya?
Semestinya, BJORK sentiasa menawarkan sesuatu
karya yang pelik untuk para peminatnya yang juga memiliki psikologi pelik.
Sudah bosan dengan lagu-lagu kebiasaan, apa salahnya sekali-sekala atau fanatik
terus (jika benar-benar gila) dengan layan lagu-lagu BJORK yang tidak sama
langsung dengan penyanyi-penyanyi lain. Market ‘OUT OF THE BOX!’.
Unsur-unsur seni dan penampilan BJORK
sebenarnya sangat ‘berat’. Bukan pilihan orang-orang biasa, tetapi dalam dunia
hiburan… sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan itu-lah yang akan mendapat
perhatian.
Misalnya ramai orang tidak akan suka sesuatu seksi,
tetapi yang ‘seksi’ itu-lah akan menonjol di khalayak umum. Diperkatakan oleh
ramai orang. Orang-orang ‘angelic’ yang dilihat ramai jumlahnya, akan mengutuk
dan menghina yang ‘devilish’ ini. Siapa yang akan mendapat free publicity?
Sudah tentu-lah yang devilish ini!
Jadinya, kita anggap-lah muzik BJORK
sebenarnya seksi. Impaknya, seperti yang akan dilakukan oleh orang-orang
Angelic itu tadi.
BJORK tidak perlu kos pemasaran pun! Malah
muziknya dalam ‘secured market’, meskipun kecil. Akan ada orang-orang pelik
yang pasti akan suka dan minat.
Orang-orang pelik akan membeli terus muzik
BJORK.
Orang-orang biasa pula yang pening kepala.
Terlalu banyak muzik yang baik-baik dan bagus-bagus menjadi pilihan. Akhirnya,
BJORK juga yang menyerlah! Sebab dia sangat pelik dan sentiasa ada yang setia akan
terus meminatinya.
[DZASRIK : 70.9]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment