INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Wednesday, January 22

BTS - Dynamite (South Korea)


Jual sahaja lagu-lagu yang berkaitan dengan dunia keremajaan. Pasti laku keras! Remaja yang mempunyai banyak masa untuk menikmati, menggilai, 'mengundi' dan menyerahkan seluruh jiwa raga terhadap sesuatu yang mereka minat pada ketika itu.

Berbanding dengan selera orang-orang dewasa yang nyatanya jauh lebih sibuk dan kurang masa untuk berbuat demikian apatah lagi benar-benar menjadi penyokong tegar sesuatu karya. 

BTS sangat beruntung kerana memiliki elemen-elemen tersebut dan muncul pada era yang tepat. Pada ketika, masyarakat sedunia sudah menyanjungi Dunia K-Pop! 

Sebagai rekod menerusi lagu 'Dynamite', BTS adalah artis Korea Selatan pertama yang mencapai No.1 Billboard Hot 100 (Bukan PSY, yang mendapat No.2 pada carta yang sama)

Secara keseluruhannya, BTS 'is not bad at all'. Namun begitu, lagu-lagu pop sebegini-lah yang para pendengar (rata-ratanya, remaja) mahukan daripada mereka. Mereka mensasarkan pada ‘the most excellent selling point’ ketika ini. Just enjoy and have fun! Artistically, they should try something more and better than this. I believe is all about time. 

[DZASRIK : 51.6]


Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik


No comments:

Post a Comment