Semasa mengendalikan blog lama, saya ada mencipta ‘Carta Muzik Berangan’ sendiri! Saya sentiasa mencari lagu-lagu terbaik dan terpopular dari seluruh dunia dan ‘compile-kan’ menjadi satu carta muzik antarabangsa. Lagu yang saya rasa sedap, lagu tu-lah yang akan saya julang sebagai pemenang. Tiada undian, rujukan jualan single ke, apa ke, semuanya ikut suka hati saya sahaja. Hahahaha. Saja je, buat blog content tentang muzik kerana saya sememangnya seorang penggemar muzik yang tegar.
Kini, ‘Faizal Dzasrik Worldwide Music Chart’ telahpun ditamatkan setelah blog lama saya bermasalah dengan sistem 'domain berbayar' yang kucar-kacir, selain mengambil kira 'kecaman' daripada rakan taulan 'terdekat'. Hahahaha.
Kawan baik saya sampai ke hari ini, masih lagi akan tergelak-gelak apabila kami mula bersembang pasal carta muzik tu. Kelakar, kan? Beriya-iya benar. Gigih, okey. Hahahaha.
Apa kaitannya dengan lagu ini?
Oh! Lagu ‘ONLY TEARDROPS’ ini adalah salah satu dari lagu-lagu bekas juara carta saya pada masa itu. Kebetulan, saya sendiri mengikuti perkembangan Eurovision Song Contest 2013 (seakan-akan Anugerah Juara Lagu, tetapi mengumpulkan penyertaan lagu-lagu seluruh Kesatuan Eropah). Ia dinyanyikan oleh Emmelie De Forest, seorang penyanyi baru asal negara Denmark (Negara Eropah yang terkuat dalam sukan Badminton).
Semasa lagu ini dipertandingkan di pentas Eurovision Song Contest, sekian ramai pemerhati muzik Eropah amat yakin lagu ini akan menang bergaya. Ternyata, lagu ini berjaya ditabalkan sebagai JUARA Eurovision Song Contest 2013 dengan mendapat undian negara luar paling tertinggi (para pengundi dari sesebuah negara tidak boleh mengundi lagu negara sendiri, tetapi hanya boleh mengundi lagu-lagu dari negara lain sahaja).
Dari segi pengayaan muzik, ia dicipta dengan begitu baik dan menampilkan penjiwaan yang penuh 'authentic'. Mungkin disebabkan oleh bunyi 'flute' yang menjadikan lagu ini bertambah istimewa dan menggamit perasaan para pendengar.
Penyampaian Emmelie De Forest juga menampakkan kementahannya dan tidak langsung didorong dengan imej penyanyi-penyanyi pop komersil semasa yang biasa kita lihat. Segar dan asli. Tuntutan vokal lagu ini juga bukan terlalu 'akrobatik'. Sederhana, polos tetapi cukup 'berat' untuk memuncakkan bahagian chorus.
Jika kita tidak faham berbahasa Inggeris (bukan semua orang Eropah suka atau boleh berbahasa Inggeris dengan baik), atau mungkin juga mendengar lagu ini hanya dalam bentuk instrumental sahaja, ia sebuah lagu yang bernada membakar semangat. Dengan dentuman drum besar, flute dan vokal latar yang mengujakan, kita akan terpengaruh ia sebuah lagu besar yang membawa unsur-unsur positif. Tanggapan itu salah sama sekali!
Sebenarnya lagu ini membincangkan tentang dilema dua insan bercinta yang selalu bertengkar.
Si Penyanyi cuba menyedarkan pasangannya tentang kesalahan mereka yang selalu berulang setiap masa.
Pada VERSE KEDUA, si penyanyi mula mengajak untuk insaf dan sama-sama melupakan perkara-perkara lepas yang begitu memalukan dan tidak matang. MOVE ON!
Barangkali sudah berhabisan titis air mata, tetapi dalam hati kecil masih sayang. Ya-lah! Asyik setiap kali berjumpa sahaja, mesti bergaduh. Bengkak mata sebab selalu sangat menangis. Mana boleh tahan, kan? Begitu-lah ceritanya. Pendek kata, sungguhpun tampak polos tetapi sebenarnya Si Penyanyi dan pasangan... kedua-duanya sangat keras kepala! Hahahaha.
[DZASRIK : 100 | Perfect Score]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment