INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Wednesday, January 29

JUDIKA - Aku Yang Tersakiti (Indonesia)


Saya mengenali JUDIKA ketika menonton pertandingan IKON ASEAN, menerusi lagu 'Malaikat'. 

"Okey, pria ini harus diperhatikan ya. Bagus bangat ni suaranya." 

Seterusnya, JUDIKA semakin popular di Malaysia menerusi lagu ‘Aku Yang Tersakiti’. Bukan lagu sebarangan, malah ia sangat popular di pusat-pusat karaoke seluruh Malaysia. Saya sendiri berpeluang menonton JUDIKA secara langsung di IOI Mall, Putrajaya. "Ya ampun! Luar biasa sungguh suaranya!" 

Mengapa lagu ini sering menjadi pilihan para penggemar karaoke? 

Bukan keseluruhan lagunya memerlukan keupayaan vokal yang tinggi. Verse-nya tenang-tenang sahaja. Hanya chorus-nya yang perlu sedikit meninggi dan akhirnya melantun lebih tinggi. 

Sempat memberi masa kepada si penyanyi mengambil nafas sebanyak mana yang diperlukan sebelum ‘pukul habis’ pada bahagian chorus. Inilah contoh terbaik lagu yang akan dipilih oleh si penyanyi dalam mana-mana pertandingan nyanyian. Jelas nampak ‘flow’ yang indah. Suara rendah ke suara tinggi, menyerlahkan lagi 'range vocal'. Mencabar vokal, tetapi masih selesa didengari oleh para penikmat atau para juri yang arif lagi bijaksana. Terbaik! 

[DZASRIK : 95.0]


Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik


No comments:

Post a Comment