INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Sunday, February 2

AKON feat. HAMSIKA IYER - Chammak Challo (Senegal, India)


“Wannabe My CHAMMAK CHALLO?”

Maksudnya : Nak jadi Gadis Desa saya, tak? My VILLAGE HOTTIE!

Gadis Desa yang digambarkan sudah tentunya cukup istimewa pada pandangan mata ramai orang. Cantik, asli, sopan santun dan tatasusila penuh pembudayaan orang-orang desa. Tambahan pula, seperti mana kita tahu INDIA yang amat terkenal dengan kepekatan budaya dan adat resam. Hal itu pastinya, membuatkan Si Penyanyi cukup tertarik lalu ingin mengurat anak gadis orang-orang desa tu pula. Hahahaha.  

Lagu ini dinyanyikan oleh AKON, penyanyi asal-usul keturunan Senegal yang dibesarkan di Amerika Syarikat (USA). Beliau terkenal kerana memiliki kualiti padu ciri-ciri khas suaranya yang halus-nyaring dan meninggi. Dipadankan pula dengan HAMSIKA IYER, seorang penyanyi asal INDIA yang cukup bagus mengalunkan 'aaaaaa... aaaaaa...' suara lenggok vibrato ala-ala qasidah klasik orang-orang India. 

Saya pernah menonton Behind The Scenes pembikinan lagu CHAMMAK CHALLO di YouTube. Pada asalnya, muzik lagu ini lebih kompleks dan diwarnai dengan pelbagai instrument yang lebih meriah. Atas cadangan AKON, ia harus digubah semula dengan lebih penonjolan pada irama ‘percussion’ sebagai ‘lead instrument’ dibantu dengan suntikan bunyian ‘flute’ terutamanya pada bahagian verse dan bridge lagu ini. Idea itu sangat membantu menjadikan lagu ini lebih ringan dan tidak terlalu semak. Para pendengar akan dapat menghayati bunyi-bunyian yang lebih fokus. Less is more. 

Bukan sebuah rakaman yang mudah. AKON, sudah tentunya tidak biasa bertutur dalam Bahasa Hindi, tetapi saya sangat suka melihat kesungguhannya. Hasilnya yang menjadi, seolah-olah sudah lama bercakap dalam bahasa tersebut. 

Lagu ini dipetik dari OST filem Ra.One, lakonan Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor. Saya rasa pernah menonton filem ini sekali sahaja. Rasanya, SRK menjadi seketul ROBOT yang mempunyai hati dan perasan. Kan? Entah-lah! Saya kurang ingat. Hahahaha. 

Secara keseluruhannya, lagu ini sangat seronok didengar. Fusion pop yang moden dikacukkan dengan muzik India yang 'catchy'. Secara audio, lagu ini sudah cukup terbaik.

Yang menyempurnakan pakej keseluruhannya adalah pada kreativiti visual lagu ini menerusi video muziknya. Lihat pada penggayaan gerak tari ala-ala kampung yang minimal tetapi sangat menangkap perhatian.

Kesan 'mixture' suasana urban kotemporari dengan persembahan ala-ala majlis keramaian di 'desa tercinta' yang sangat menyerlah. 

Bayangkan video muzik ini seperti lazimnya dalam mana-mana OST filem Hindi yang berlatarkan suasana alam sekitar dan kawasan pergunungan. Ia akan nampak 'biasa-biasa' sahaja. 

Betapa pentingnya peranan visual! Sebagus mana audio sekalipun jika visualnya lemah, makanya 'kurang daya tarikan'. Dalam hal ini, CHAMMAK CHALLO sangat menarik sama ada dari segi intipati audio, juga visual. Tahniah!

[DZASRIK : 100 | Perfect Score]


Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik

No comments:

Post a Comment