Lagunya sangat rancak, tetapi liriknya amat memilukan.
"Semua orang tahu nak buat anak, tapi tak ada seorang pun yang tahu macam mana nak jadi BAPAK!"
Perasaan marah seorang anak yang mempertikaikan bapanya yang bersalah.
STROMAE mengabadikan kisah hidupnya yang
ditinggalkan oleh bapa kandungnya sejak dilahirkan. Tidak pernah sekalipun bertemu
dengan bapanya. Lagu ini adalah isi hati seorang anaknya yang cuba membayangkan
bagaimanakah rupa dan sifat bapanya, jika benar-benar wujud dalam kehidupannya.
Sedih, kan?
Kebiasaannya sesebuah karya yang jujur dan mengandungi elemen-elemen ‘personal touch’ seperti lagu PAPAOUTAI ini, pastinya akan begitu melekat pada jiwa para pendengar.
Dari segi komposisi muzik, STROMAE menyuntik ‘bunyi-bunyian’ rentak lagu etnik Afrika dan dikacukkan dengan Modern Pop.
Mengapa? Kerana bapanya adalah seorang berketurunan Afrika, manakalanya ibunya adalah seorang berkulit putih (rumpun Bangsa Perancis yang tinggal di Belgium).
Sekali lagi, ia menjadi penyebab karya ini sangat kukuh menggambarkan
simbolik interpretasi susuk bernama STROMAE. Seseorang yang ingin menyampaikan cerita dan mesej dengan
mendalam, selain turut sama menggambarkan latar belakangnya yang sebenar.
Saya amat puas dan tabik spring kepada STROMAE. Lagu ini benar-benar hidup, jika anda memahami liriknya yang terselit pelbagai perasaan seorang anak yang diulit kekecewaan seumur hidup. Perasaan teringin, marah, mempertikaikan, sayang, benci dan sebagainya bersatu dalam lagu ini.
Karya ini sangat hebat dan berseni dari semua aspek penilaian saya. Sangat Terbaik! Juga menghiburkan. Jika kita mempunyai hati dan perasaan serta celik akal fikiran, pastinya kan turut rasa terkesan.
[DZASRIK : 100 | Perfect Score]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment