INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Sunday, February 9

FLOOR 88 - Hutang (Malaysia)



HUTANG adalah sebuah lagu yang diadaptasikan dari pelbagai sumber sama ada pada komposisi muzik dan juga penciptaan lirik. Mewah dengan daya tarikan yang telah wujud dalam lingkungan kehidupan masyarakat kita.

MELODI, chorusnya jelas jika didengarkan betul-betul sebenarnya diadaptasikan dari sample lagu rakyat 'Tepuk Amai-Amai Belalang Kupu-Kupu'. Bridge 'Solo' mengambil rentak melodi gitar 60an. Intro lagu juga seakan-akan instrumental mistik yang kita biasa dengar dalam mana-mana filem misteri nusantara. Hanya verse-nya sahaja yang original. Namun begitu, segala adaptasi melodi dari lagu-lagu terdahulu yang biasa didengar ini berjaya menangkap perhatian para pendengar cilik yang mungkin akan perasan, ini adalah cebisan dari lagu-lagu 'permainan' mereka. 

LIRIK, sungguhpun mengangkat subjek HUTANG tetapi pengisiannya lebih menceritakan tentang 'penipuan'. Sikap tamak ingin cepat kaya menghambat semua orang yang terlibat termasuk penghutang dan pemiutang. Liriknya juga 'kaya' dengan unsur-unsur adaptasi simbolik, dialog mahupun watak-watak filem-filem lama era Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Antaranya adalah...

"Alakazam" - Laksamana Do Re Mi 

"Memanda Fasola..." Laksamana Do Re Mi 

"Jual Unta..." Ali Baba Bujang Lapok 

"Rampo Ngiseng Semar Tilem..." Ali Baba Bujang Lapok 

JUGA... 

"Pak Kaduk Gadai Tanah... Dia Laga Ayam Bukan Kepunyaannya..." Cerita Rakyat Pak Kaduk 

Maka jelas-lah, penulis liriknya adalah peminat setia Filem-Filem P. Ramlee & Cerita-Cerita Rakyat! Hahahaha.

Masih ada lagi perkataan 'bonus' iaitu JAWA

"Kambing Biri-Biri Ala Sudah Datang Dari Jawa"

Orang-Orang Jawa suka! 

Hendak pulak kepada Orang-Orang Jawa Indonesia yang aktif sebagai 'netizen'. Pantang disebut apa sahaja pasal Jawa, pasti mereka akan pantas berperang memberikan riaksi-riaksi mereka di sebarang platform internet. Sangat Bijak! Creating more attraction.   

Lagu ini menjadi semakin kuat dan padu apabila arrangement atau susunan muziknya mendapat sentuhan Apak Harry Khalifah yang memiliki selera kental terhadap penjiwaan lagu-lagu pop marhaein. Ia sangat fantastik! Sangat sedap didengar berulang-ulang kali. Itu-lah antara formula utuh lagu ini mendapat jumlah tontonan melebihi 68 Juta Views di YouTube (setakat ini, 27012021). 

Banyak faktor lain lagi menjadikan lagu ini sangat berjaya. Target Market yang tepat! Sejujurnya ia adalah sebuah lagu yang sangat disukai oleh ramai golongan B40, M40. Selain orang-orang 'luar bandar' yang jumlahnya jika dikumpulkan jauh lebih besar daripada 'orang bandar yang tulen'. Kelebihan besar pada market sebegini adalah pada kuasa 'volume'. Mereka sangat ramai. Ramai yang mendengar, membeli ringtones, turun ke majlis pertunjukan, gigih mengundi untuk sebarang Anugerah Populariti dan sebagainya. Ya, mereka sangat tegar jika kuat menyokong sesuatu 'produk' kesukaan mereka. 

Dari segi VISUAL, video muzik diarahkan oleh Eric Fuzi (Keyboardist Floor 88). Seorang pelakon kanak-kanak & remaja serta penggiat drama televisyen sejak dari bangku sekolah. Berpengalaman luas dan tahu apa yang dia 'buat'. 

Contohnya, kameo-nya sahaja sudah cukup mampan. Ropie Cecupak pada ketika video muzik ini dirakamkan, beliau sangat popular sebagai salah seorang pelakon 'Hantu Kak Limah,' sebuah filem Mega Box-Office.

Akak Wosher-Wosher yang viral gila-gila atas kebolehannya bercakap sangat pantas menerusi drama bersiri sensasi NUR juga turut memeriahkan video muzik. Kedua-dua kameo ini, fungsinya sangat hebat dan berkesan. Trending! 

Eric juga tidak melupakan unsur-unsur nusantara kemelayuan dengan menyelitkan penampilan tarian kuda kepang dan pencak silat sebagai elemen tambahan yang cukup haul mencantikkan lagi elemen 'win-win' yang cuba digarap dengan kemas. Bagi mereka yang berumur atau senior, penampilan Vespa-Vespa itu juga adalah tarikan kecil untuk mereka! Terkumpul lagi segolongan 'antique freaks' yang akan berminat pada lagu ini. 

Keseluruhannya lagu ini sangat bagus dan menghiburkan. Sebuah lagu yang cukup taktikal pada resipi-resipi pemasaran atau marketing tetapi masih kuat unsur-unsur seni kemasyarakatan dan kemelayuannya. 

Saya sendiri tidak terkejut jika lagu HUTANG (Floor 88) mampu mengalahkan lagu GILA (Kaka Azraff, Noki & Loca B) pada Anugerah Juara Lagu AJL 35 (ketika ditulis, juara masih lagi belum diumumkan). 

Ia sebuah lagu kesukaan rakyat! 

Cumanya jika GILA menang, ia jelas pada kekuatan originaliti. HUTANG mungkin kekurangan dari segi itu kerana terlalu banyak beradaptasi dari karya-karya terdahulu yang telahpun wujud. Terpulang pada pihak TV3 dan para juri yang arif lagi bijaksana. Mereka mahukan lagu bagaimana yang harus diangkat sebagai JUARA? 

Terbaik atau Terpopular? 

Kejayaan besar lagu HUTANG?

Sangat berjaya memenangi hati hampir seluruh rakyat jelata. Terbaik!

[DZASRIK : 73.9]


Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik

No comments:

Post a Comment