INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Wednesday, February 12

TIMBALAND - Apologize feat. ONEREPUBLIC (USA)


Sekitar 2007, saya sering ke Cyber Café di Jalan Kristal Shah Alam (kini Café Richiamo) untuk meng-up date BLOG. Orang lain sibuk bermain Need For Speed Underground & apa entah game tembak-tembak tu, tetapi saya pula sibuk menulis BLOG (blog lama). Saya ‘tampal’ apps Ipod pada sisi BLOG dan ini-lah lagu terawal dalam senarai trek Ipod Maya saya tu. What a memory, kan?

APOLOGIZE, kedengaran cukup hebat pada masa itu. Komposisi muziknya, begitu bergaya dan moden. TIMBALAND, seorang pencipta rhythm yang memiliki identiti tersendiri. ONEREPUBLIC, debut menerusi lagu ini. Sebuah projek koloberasi yang Mega Hit dan sehingga kini kekal relevan dan diminati ramai pendengar. 

Jika diamati tiap bait liriknya, lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang apa? SUICIDE, kan? Sangat menakutkan! Oh, mungkin tidak. Simbolik sahaja. Begitu?

Apabila muziknya sangat indah dan ‘super melodious’, tidak perlu terlalu banyak patah perkataan harus disebut oleh Ryan Tedder ketika menyanyikan lagu ini. Perlu RINGKAS, tidak perlu bercerita panjang lebar tetapi terus sahaja ‘menghukum’ akal fikiran para pendengar dengan mesejnya tentang soal ‘kesetiaan’. 

Antara ayat lirik terawal dan terakhir yang sangat menarik perhatian saya adalah 

“I’m Holding on a Rope, Got Me Ten Feet Off the Ground” 

atau 

“Aku berpegang pada seutas tali, yang telah mengangkat aku 10 kaki ke atas permukaan”.

Ini-lah akibatnya apabila diri berasa sangat kecewa terhadap perasaan cinta yang terlalu mendalam yang berkemungkinan tidak mendapat balasan sewajarnya, makanya si penyanyi jenis pendek akal. 

Bunuh diri dan mati...  

ATAU sebenarnya masih hidup, tetapi sekadar ‘ayat mengugut’ untuk menyampaikan kata-kata perpisahan? 

Sebuah lirik yang memiliki sifat ‘double dimensions’ atau dua dimensi yang sangat menguji kefahaman minda para pendengar. Terpulang kepada penilaian dan kebijaksanaan anda. 

Secara keseluruhan, ia sebuah MASTERPIECE kegemaran saya sepanjang masa. Sangat Terbaik!

[DZASRIK : 100 | Perfect Score]


Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik


No comments:

Post a Comment