INI SUATU CERITA... to be continued...

@faizaldzasrikfanclub

Sunday, February 16

GLENN FREDLY - Januari (Indonesia)


Awal perkenalan umum dengan figura yang bernama GLENN FREDLY, menerusi lagu duetnya bersama AMY MASTURA berjudul ‘Dengarkanlah’ sekitar tahun 2000. Setelah itu, GLENN mula dikenali dengan lagu KAU, sebuah fast song bergenre-kan Pop R&B.

Namun begitu lagu Ballad Pop berjudul JANUARI telah berjaya mencipta fenomena di Indonesia, selain juga sukses merentas ‘popularitas’ yang menggunung hingga ke Singapura, Brunei dan Malaysia. Tersangat popular saban waktu di corong-corong radio sehinggakan pada ketika itu, boleh dilihat para peserta Malaysian Idol 2004, majoritinya telah menyanyikan lagu ini ketika sessi ujibakat!   

Sebuah lagu sedih yang epik dan agak nostalgik buat GLENN FREDLY kerana dikhabarkan penghasilan mahakarya ini mendapat inspirasi dari kisah cintanya sendiri, bersama gadis bernama NOLA. Lantaran ‘perbedaan agama’, cinta mereka mendapat tentangan keluarga dan terpaksa berakhir dengan perpisahan pada tanggal bulan JANUARI. Aduh! Berdarah sih, emosinya! Guwe lagian serius nih.  

Kelahiran lagu ini pada ketika gelombang era lagu-lagu Indonesia mendapat perhatian di Malaysia, jelas komposisinya cukup ringkas tetapi sangat menghiburkan pendengaran halwa telinga. Elemen R&B masih kekal melalui cengkok nyanyian tetapi diadunkan dengan komposisi pop yang moden. 

Pada ketika itu, lagu-lagu pop balada sememangnya membawa momentum dari irama yang rendah, kemudian meninggi dan akhirnya klimaks yang sangat meninggi! Ia sebuah lagu yang sesuai diguna pakai oleh mana-mana pesaing dalam dunia pertandingan nyanyian kerana benar-benar menguji warna vokal dan keupayaan teknik pernafasan.

Tajuk JANUARI itu juga sebenarnya satu tuah besar. Setiap kali bulan pertama setiap tahun, saya sendiri pasti akan mendengar dan menyanyikan lagu JANUARI. Pastinya, lagu ini juga akan diulangi dengar berkali-kali kerana ia sangat indah. 

Kita pasti akan teringat akan adanya sebuah lagu yang bagus didedikasikan khusus untuk bulan tersebut, iaitu 'JANUARI'

Impaknya seperti lagu-lagu Aidil Fitri (Lebaran / Idul Fitri, jika di Indonesia), lagu wajib yang harus dinikmati dan didengari oleh para peminat lagu ini setiap tahun. 

Sejujurnya bait lirik paling menghukum perasaan dalam lagu ini tentunya...

"Jangan tangisi keadaannya... Bukan kerna, kita berbeda (berbeza)..."

Realitinya, ia adalah kerana 'perbedaan'. 

Touching Wo! 

RIP Glenn Fredly. 

[DZASRIK : 100 | Perfect Score] 


Blog DZASRIK

Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik

No comments:

Post a Comment

MOST POPULAR