THE WEEKND, dikenali sebagai seorang hero muzik yang memperjuangkan trend paling moden dan terkini dalam kebanyakan karyanya. Setiap karya muziknya pekat dengan unsur-unsur hybrid antara R&B + Pop dikacukkan bersama EDM, Electro, Fusion Orchestra dan sebagainya.
Agak unik juga apabila sentiasa ‘terlalu ke hadapan’, tetapi kali ini THE WEEKND
menerusi lagu Blinding Lights mempamerkan ciri-ciri trend ‘keterbelakang’
dengan gaya Pop 80an!
Sesiapa sahaja yang pernah hidup pada era 80an, lagu ini pastinya ibarat pengubat rindu kenangan ‘bunyi-bunyian’ yang pernah mewarnai halwa pendengaran mereka sebelum ini. Namun begitu, akan berlaku sedikit janggal pada halwa telinga dan selera muzik orang-orang yang tidak pernah hidup pada era tersebut. Mereka pastinya gagal berimaginasi bagaimanakah muzik-muzik era tersebut, sekiranya tanpa sebarang rujukan terdahulu.
Mampukah mereka menerima pembaharuan yang sedang ditonjolkan oleh THE WEEKND pada ketika ini? Risiko besar, mereka akan kurang berminat dan tidak menyukai lagu ini.
Secara personal, saya sudah terbiasa dengan lagu-lagu seperti ini kerana pernah hidup sebagai 'kanak-kanak' pada era zaman 80an. Sememangnya muzik pop elektronik baru sahaja diperkenalkan. Teknologi paling ‘asas’. Oleh sebab itu, muziknya kedengaran sangat minimal tetapi cukup galak dengan melodi yang ‘beriya-iya’ kerana sifat pengkarya pada era itu berlumba-lumba membayangkan apakah gaya dan bunyi paling moden yang boleh mereka hasilkan.
Blinding Lights juga telahpun mencipta kontroversinya yang tersendiri apabila gagal layak tersenarai sebagai calon Top 5 dalam sebarang kategori dalam Grammy Awards 2021.
THE WEEKND sendiri pun menyatakan perasaan tidak berpuas hati. Apatah lagi para pengkritik yang pro lagu ini merasakan keputusan tersebut tidak adil, sedangkan lagu ini dilihat berpotensi menang.
Saya boleh agak apa yang tidak kena dengan situasi tersebut. Jika bukan kerana sabotaj. Sudah tentu undian 'pengundi-pengundi muda' tidak menyebelahi lagu ini. Bukan selera mereka. Mungkin lapuk bagi mereka. Sungguhpun begitu, saya percaya 'pengundi-pengundi tua' pasti akan galak memberikan sokongan.
Psikologi para pendengar. Jelas dan nyata, Blinding Lights, sebuah lagu yang berisiko tinggi tetapi bernasib baik kerana ia masih berjaya secara komersil.
[DZASRIK : 86.6]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI love the song with 80s vibe, tapi maksud tersurat dia tengah khayal . visit my blog
ReplyDeleteYa betul, kali ni saya tidak komen apa-apa tentang lirik... tetapi fokus kepada melodi dan kontroversi lagu ini. Lagu ini memang dia tengah khayal.
Delete