Pertama kali mendengar lagu ini ketika ‘YouTube play at random'.
"Eh! Siapa awek ni? Sedapnya lagu dia ni."
Saya pun tertarik. Mendengar suara halusnya yang berbahasa Perancis, saya secara langsung sudah tahu penyanyinya bukan orang Perancis yang asli.
Sempat menyemak di laman Wikipedia, sah! Kacukan Egyptian dan Algeria. Suara Arabik yang menyaring dan mengilai-ngilai. Ibarat genetik Cheb Mami, yang pernah tampil dalam lagu hit STING – Dessert Rose.
Lagu ini sangat popular di Eropah tetapi kurang dikenali di Asia.
"It’s okay. Saya kenal awak… Indila. Superb vocalist!"
Lagu-lagunya memang jenis sebegini, 'Commercially Dramatic’. Penyanyi seperti ini, agak ganjil dan unik. Perlu ada komposer-komposer yang khusus dan mampu mencipta lagu-lagu yang setanding dengan keupayaan istimewa Indila.
Saya pernah mencuba menyanyikan lagu ini, tetapi Bahasa Perancis adalah sangat sukar untuk disebut. Walau apa-apa pun, saya tetap berpuas hati hanya sebagai pendengar dan peminat lagu ini sahaja. Terbaik, Indila!
[DZASRIK : 94.1]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment