Sebagai penggemar muzik,
saya suka ‘explore’ atau menjelajah di YouTube. Sebetulnya saya peminat AYUMI
HAMASAKI (JAPAN), taip hanya ‘Ayumi’ maka muncul pula video muzik AYUMI – HEY-LA.
Mungkin carian sebelum ini juga saya pernah mengembara ke Kazakhstan, jadinya
bukan perkara aneh jika lebih banyak ‘option’ atau pilihan luar biasa yang timbul di
YouTube.
Kazakhstan, sebuah negara
di CENTRAL ASIA yang begitu menarik
perhatian saya. Rupa paras mereka cantik-cantik belaka. Chinese Look! Majoriti
daripada mereka adalah Muslim (Sunni) dan fasih berbahasa Russia, selain Kazakh
sebagai bahasa ibunda mereka. Mix of influences!
Dari segi elemen muzik, lagu-lagu moden Kazakhstan kebanyakkannya pasti akan menyelitkan ciri-ciri latarbelakang tradisional mereka. Seakan-akan muzik Arabik.
Sebagaimana muzik India yang
‘tidak lari’ dengan sitar dan tablanya, begitu juga Kazakhstan dengan trumpet
Arabnya.
Menerusi video muzik HEY-LA,
koreografinya ditata rias dengan cukup kemas dan bergaya. Pergerakan tarian pop moden dengan campuran tarian ala-ala Turkish
dan Byzantine. Warrior Dance!
Ia sebuah lagu ‘fast song’ yang memerlukan persembahan yang tertib. Bukan lagu rancak joget lambak biasa. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menyukai lagu ini adalah ‘rhythm’ Kazakh yang jarang-jarang kita kenali kerana masih lagi hijau dalam gelombang pop sedunia yang biasa kita dengar dari Amerika, Eropah dan Asia Pasific. Sesuatu yang unik dan baru pada pendengaran saya.
[DZASRIK : 85.3]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment