Saya bukan peminat One Direction, tetapi populariti mereka secara berkumpulan yang mendapat liputan meluas media sedunia menyebabkan kita sedikit sebanyak pasti kenal.
Zayn Malik paling awal ‘angkat kaki’ meninggalkan One Direction dan dilihat paling menyerlah sebagai solo-ist. Namun begitu, Harry Styles yang juga antara paling diminati oleh gadis-gadis remaja ketika era kegemilangan One Direction nampaknya masih belum benar-benar mengorak langkah dengan cemerlang.
Sehingga-lah lagu ‘Watermelon Sugar’ ini berkumandang ke corong radio di seluruh dunia.
"Yeah! This is what I’m looking for from him."
Muzik pop yang matang, ‘easy-listening’ dan penyampaian yang bersahaja tetapi berjaya menarik halwa telinga para pendengar.
Harry Styles adalah calon BEST POP SOLO PERFORMANCE – GRAMMY 2021 menerusi lagu 'Watermelon Sugar' ini.
Saya yakin Harry layak menang (sehingga post ini diterbitkan, keputusan masih belum diumumkan). Selain vokalnya tepat dan berkualiti, lagu ini cukup ringkas tetapi ramai orang suka. It's a sing-a-long song. Orang akan ingat!
[DZASRIK : 93.3]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment