DOLLA sememangnya sudah bersedia dan boleh pergi jauh ke tahap yang lebih tinggi lagi. Yang menariknya, koreografi mereka hasil nukilan Ezra Tham, menerusi Impikan (Watch Me Glow) dilihat sangat kemas dan mantap.
Gabungan Sabronzo,
Tabby, Angel dan Syasya sangat padu dan melengkapi antara satu sama
lain. Secara personal, saya menyukai TABBY. Mungkin kerana saya adalah seseorang yang
lebih tertarik pada ‘vocal ability’.
Ada tarikan lain lagi menerusi video muzik 'Impikan' ini. Pengarahnya adalah Adriana Tunku!
Saya semakin meminati hasil kerja beliau. Seorang pengarah filem/video muzik yang pandai menangkap ‘movement’ atau pergerakan dengan begitu cantik dan berseni. Jika para penerbit filem di luar sana mahukan seseorang yang boleh mengarahkan filem aksi sebaik dan se-kreatif seperti McG (Charlie’s Angel), ADRIANA TUNKU adalah calon paling sesuai!
[DZASRIK : 93.2]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik
No comments:
Post a Comment