INI SUATU CERITA... to be continued...

FDFC @faizaldzasrikfanclub

Saturday, May 9

AKU Ep. 2 | Rampasan Borang UPU


UPU = Unit Pusat Universiti.
Habis je SPM, bebudak akan apply kemasukan ke Universiti melalui UPUOnline. Zaman sekarang mudah. Online je. Zaman aku, zaman dinosour. Masih pakai 'borang'. Hantar secara MANUAL.

Masa aku kat Matriks (aku masuk Matriks, berdasarkan merit IQ Test sebelum keputusan SPM sebenar), semua dapat Borang UPU. Dalam bentuk kertas yang berisi dalam sampul besar. Lepas ambik Borang UPU, sekian-sekian masa kena submit. So, ada masa sebelum submit, aku pun balik hujung minggu ke rumah sambil bawak Borang UPU.

Aku happy gila. Walaupun aku dah ada tempat (walaupun, belum secure) kat Matriks, ini-lah peluang terbaik aku nak cuba apply bidang lain dalam urusan melanjutkan pelajaran.

Aku bagitau ABAH aku, aku bawak balik Borang UPU tu. 

BORANG UPU AKU KENA RAMPAS!

Tanpa sebarang belas kasihan. ABAH aku bersikap 'keras gila babi'. Dia bukak dan baca isi borang tu. Lepas tu ambik pen dan terus tulis permohonan. 

"Engkau ambik je ATMA (sekarang UPNM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) ni. Sekurang-kurangnya kau dapat elaun gaji."

Elaun gaji untuk mahasiswa ATMA pada masa tu bergantung pada kursus. Berkaitan dengan Sains = RM 850+/setiap bulan. Perakaunan macam aku ni, lebih kurang = RM 750+/setiap bulan. 

Ada 5 ruangan pilihan bidang kursus dan universiti yang boleh dipohon. Kesemuanya ABAH tulis ATMA! Langsung tak consult dengan aku. Memang sangat memaksa. Tiada hati perut langsung!

ABAH tulis cantik-cantik tapi hati aku sangat-sangat sedih dan terluka teruk. Borang UPU tak boleh dipadam. Dah terlekat pen dakwat ABAH. 

ABAH sealed Borang UPU tu, bagi kat aku. Aku mampu tengok je. Sehari kemudian aku balik Matriks. Serah Borang UPU tu kat Bahagian Pentadbiran. 

Serius. "Aku takde hati." 
Aku tak minat langsung nak jadi ASKAR macam ABAH aku tu. Aku benci hidup pindah randah setiap kali 3 ke 4 tahun sekali. Penat wei! 
Very ANTI-Establishment. 

Setiap kali pindah-randah, apa yang berlaku? 

Aku baru je nak berkawan best-best. Aku dah kena tukar kawan. Tukar slang, tukar attitude. Minded. Jangan korang ingat 'mentaliti' orang-orang sesuatu tempat tu akan sama dengan orang-orang tempat yang baru sampai nanti. Memang lain. Hell No! Memang korang akan terpaksa pandai menyesuaikan diri. 

Aku baru je nak happy-happy up sikit berkokurikulum kat sekolah, dah kena pindah lagi. Patut jadi Pengakap, tetiba  dah kena jadi Ahli PBSM, sebab itu je 'yang kosong' kat sekolah baru. 
Berangan nak jadi Pemain Pancaragam / Marching Band, hujung-hujung dekat SPM baru dah jadi ahli, itupun sekadar Ahli Sahaja. 

Bagi sesetengah orang, tukar-tukar enviroment sekeliling tu best. Banyak pengalaman, memang itu yang aku dapat (aku appreciate that) TAPI ada beberapa hal dan perkara. Kau kena STAY AT ONE PLACE, baru kau akan making a progress sebab hidup kau tak terganggu. 

ABAH ada bawak aku pergi 'satu kelas pembelajaran' yang aku gila-gila minat kat LUKUT, PD. 
Berkaitan dengan instrumen. 
Aik! Aku pergi kelas tu sekali je. Kena STOP! Pastu pindah lagi. 
Aku sangat marah dan tak berpuas hati. Again, NOMADIC lagi? 

Bila hidup 'cacamarba' macam ni, lembaga penilaian UPU tengok sijil dan kokurikulum kita walaupun nampak ada variety tapi kurang consistency dan stability. Macam mana nak dapat? Macam mana pilih aku ni, jadi FUTURE ASKAR. 

Bila aku letak sahaja BORANG UPU tu kat Matriks, aku yakin TAKKAN DAPAT. 
Ramalanku benar belaka. 
Memang TIADA maklum balas. 

"Ha! Puas hati kau sekarang? Dasar perosak masa depan orang!" 

Seronok tengok kawan-kawan Matriks lagi, dapat peluang lain. Ada yang bertukar ke bidang LAW. Dapat buat grafik, terjun ke diploma lain-lain bidang dan sebagainya selain Perakaunan. 

AKU? Habuk pun tarak. 
Tapi, nasib baik-lah aku stucked kat Matriks Penang tu. Bila result SPM keluar, result aku pun ngam-ngam soi, boleh kekal kat Matriks. So, aku maintain je. Ok-lah, I'm secured Accounting Student. Habis Matriks, terus ambik Degree. 

Accounting atau Perakaunan, benda susah dan complicated yang aku boleh buat, takde masalah dengan nombor-nombor tu TAPI jiwa aku yang sebenarnya bukan langsung. Jiwa aku ni sebenarnya 'creative and artistic'. 

Kalau-lah aku boleh tulis sendiri BORANG UPU tu, agaknya korang boleh agak tak, aku nak apply course apa? 
Sesuatu yang berkaitan 'Performing Art'. Aku bagi extra klu. Performing Art yang aku nak ambik ni memang kena 'pakai duit' sikit laaaa... tak semurah ambik Accounting. Modal kalkulator dengan Buku Lejer je. 
Sebab tu, aku tak pursue. 

Kalau korang baca episod ni, mesti korang akan cakap... 
"Alah! Kau boleh ambik kemudian nanti..." 

Cakap tak semudah realiti. 
Aku ni 'anak yang dipaksa harapkan'. Kini, selagi boleh diharapkan. Semakin hari, semakin berkomitmen tinggi. Semakin banyak perlu ditanggung dan sentiasa terus menanggung, sehingga selesai (kini, belum selesai). 

Boleh faham? 

Pengajarannya mudah sahaja. 
Asalkan kita dalam keadaan baik dan sedang melakukan sesuatu yang terbaik, jangan sesekali membiarkan IBUBAPA kita tentukan apa yang kita nak lakukan pada masa depan. Big Risk! 
Fikir sendiri, decide sendiri. Berkuasa atas diri sendiri. 
Letakkan percentage kehormatan pada kadar yang berpatutan. Jangan terlalu hormat. 
Ini-lah jadinya. 
#$&7%!$&#!!! 

@dzasrik 

















No comments:

Post a Comment