INI SUATU CERITA... to be continued...

FDFC @faizaldzasrikfanclub

Friday, January 30

AKU Ep. 1 | Intro je dulu...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Selamat Tahun Baru 2026!

Apa benda yang aku nak mulakan seawal tahun baru ni? Aku nak tulis diari lah! Dah lama aku nak tulis tapi tak jadi... jadi sebabnya jadual hidup aku ni padat sangat. Orang patutnya kalau nak tulis diari mula lah pada awal tahun, 1 JANUARI. Masa aku tulis post diari ni, dah nak dekat 1 FEBRUARI. Aah! Lantak lah. Janji aku start 'menulis'.

AKU nak tulis pasal apa? Aku rasa aku nak tulis apa yang aku suka. Apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa. Yang selamba. Aku biasanya tulis apa-apa kat SOCMED mesti guna 'SAYA'. Jarang guna 'aku'. Jadinya diari AKU ni, seolah-olah aku bercakap dengan diri sendiri. Boleh jadi juga macam aku menyembang dengan korang secara santai. 

Mungkin aku akan bagi pendapat tentang isu-isu semasa. Cerita pasal diri aku ni, yang aku boleh share dengan korang. Apa apa je lah yang terlintas dalam fikiran aku ni. 

Macam mana korang nak tahu setiap episod baru diari AKU ni? Alah, nanti aku post lah link kat SOCMED. Korang klik je, dah boleh terus baca. 

Adalah bahan korang nak baca nanti. Kan? 
Aku intro je dulu. 
Nanti episod seterusnya, korang layan je laaaaa. Ok, daaaaa. 
To Be Continued. 😉

@dzasrik 


No comments:

Post a Comment

MOST POPULAR