Kekuatan lagu ini terletak pada variasi vokal yang ada pada KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B.
KAKA berjaya mempersembahkan lenggok kemelayuan yang asli mendayu, terutamanya pada hujung-hujung chorus dengan begitu berkesan dan sedap didengar. Sempurna!
NOKI pula membawa tona suara yang matang dan kelakian. Sedang-sedang elok. Rapping-nya yang kemas.
LOCA B sebenarnya adalah 'kekunci' yang betul-betul ‘membancuh’ klimaks lagu ini pada 2nd Verse
dengan vokal nyaring yang menjentik dan menyegarkan halwa telinga para pendengar.
Membawa VIBE yang berbeza dan sudah tentunya memberi ‘perasa’ penting dalam lagu
‘GILA’ ini.
Persamaan yang ada pada part NOKI & LOCA B adalah 'Semi-Rapping'. Mereka juga sebenarnya menyanyi, 'Semi-Singing'. Hybrid!
Paling menarik, penyampaian mereka berdua cukup 'melodious' sama ada ketika 'rapping' dan 'singing'. Ada baris, mereka rapping. Ada baris, mereka menyanyi.
Soal komposisi muzik, lagu GILA ini cukup haul untuk menangkap selera antarabangsa. Selepas JAMPI (Hael Husaini), Ezra
Kong sekali lagi berjaya mencipta muzik yang setarafnya menerusi GILA. Modern Pop.
Soulful. Menangkap terus ke hati. Bayangkan jika anda hanya mendengar Minus One (tanpa nyanyian)
atau Instrumental Asli lagu ini, saya pasti anda boleh merasakan lagu ini cukup indah.
Liriknya, ada menampilkan bait-bait yang kuat dan menarik perhatian saya.
NOKI "Putaran bumi pun aku boleh rasa..."
LOCA B "Semakin kantung berisi, semakin berat graviti"
Keseluruhan lirik sebenarnya memaparkan sifat depressi. Berkaitan dengan 'self-confidence'. Terlalu banyak berfikir. Akhirnya, menjadi gila kerana minda terlalu sempit akibat memikirkan hal-hal sekeliling dan cita-cita sendiri. Sama ada boleh dicapai atau tidak. Ibarat berperang. Kalau berjaya, dianggap menang. Bayangkan jika gagal, dianggap kalah. Dan lagu ini... seolah-olah takut nak menerima kekalahan.
Jika anda seorang yang berpemikiran 'straight forward', anda mungkin akan rasa janggal dan kekeliruan apabila mendengar liriknya. Akhirnya, anda menganggap lagu ini GILA.
Sebenarnya, lagu ini ibarat dinyanyikan seorang yang tidak sempurna. Sekejap dia okey, boleh berpuitis dengan baik. Sekejap lagi bila dia tak okey, mula-lah menggila. Entah apa-apa simbolik yang keluar. Sangat mengikut perasaan yang bercelaru. Itu-lah karektoristik lirik dalam lagu ini.
Cuba meluahkan perasaan. Hanya orang yang 'understanding' sahaja akan faham dan boleh hadam apa yang mereka ingin sampaikan.
Lagu GILA ini tercalon sebagai finalis Anugerah Juara Lagu 35. Saya menjangkakan lagu ini berpotensi tinggi untuk menang sekaligus bergelar JUARA.
[DZASRIK : 100 | Perfect Score]
Blog DZASRIK
Instagram Facebook Tik Tok YouTube X @dzasrik